Lancar,berkuasa,jimat Petrol Sehingga 30%,Produk diinsuranskan sehingga RM3 juta,enjin anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku kerosakan disebabkan penggunaan produk ini & PERCUMA! insurans kemalangan diri(PA) bernilai RM10,000 - RM200,000 untuk pembelian minyak enjin GB7000,GB9000 & DIESEL K









Selamat Menyambut Ramadhan

Monday, 1 August 2011

Dikesempatan pagi yang mulia ini saya ingin mungucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari pertama bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharap keredhoan Allah.

Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhon adalah bulan untuk menggiatkan amal ibadah, bantuan, memberi makan kepada yang memerlukan, bulan membaca Al-Quran, beri’tikaf di masjid, bukan bulan untuk bersantai, tidur banyak, malas, makan makanan yang enak lagi mewah tetapi Ramadhon adalah bulan zuhud iaitu bulan untuk mengajar dan menyekat hawa nafsu daripada memenuhi keinginannya kepada kelazatan yang memukau.

Kawan-kawanku...

Tanamkanlah azam dalam hatimu pada bulan Ramadhon ini untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang pernah menempuhi kesusahan selama berbulan dapur rumahnya tidak berasap dan apabila beliau makan pada selain bulan ramadhon beliau hanya makan sembilan suapan pada paginya dan sembilan lagi pada petangnya, tidak lebih dari itu. Ingatlah selalu firman Allah ta’ala yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia ini kecuali kesenangan yang memperdayakan.” [surah aali’imran: 185]

Janganlah penuhi fikiran kita dengan memikirkan makanan apakah yang kita nak jadikan hidangan berbuka, tetapi fikirkanlah “masjid manakah yang kita akan hadiri... marilah kita sama-sama berpesan-pesanan meninggalkan amalan bermewah-mewah kerana merutimkan hidangan makanan mewah setiap hari tidak mendatangkan kebaikan kerana itu bukanlah cara hidup para wali dan nabi-nabi.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: awasilah dirimu daripada bermewah-mewah kerana para-para nabi bukanlah hidup dengan bermewah-mewah. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya makan tamar beserta air sahaja dan kadang-kadang roti bersama kuah itupun jarang-jarang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chat

Followers

Follow by Email

Comments

Profile

My photo
Dungun, Terengganu, Malaysia
Kami peniaga dibenarkan Glopac dari Dungun Terengganu.Kami dapati ianya menyeronokkan & satu sumber yang baik dari segi pendapatan serta kebaikan pelancaran enjin kereta,ikuti kami untuk berkongsi cerita bersama Glopac.Hubungi: Wary 013-9010114 / Hazamin 013-9025033
 
Glopac - One Heart One Family © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum