Lancar,berkuasa,jimat Petrol Sehingga 30%,Produk diinsuranskan sehingga RM3 juta,enjin anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku kerosakan disebabkan penggunaan produk ini & PERCUMA! insurans kemalangan diri(PA) bernilai RM10,000 - RM200,000 untuk pembelian minyak enjin GB7000,GB9000 & DIESEL K









Hobin Jang Hobin Menang, Kecewa

Monday, 31 October 2011

Penyokong-penyokong setia Terengganu di Stadium Shah Alam semasa aksi perlawanan akhir Piala Malaysia sekaligus berakhir dengan hampa dan kekecewaan apabila kalah dengan skuad Hobin Jang Hobin 2-1, GerrrRRRR marah! dan kecewa pun ada ni, terutamanya kepada penjaga gol skuad Peteh Ganu Peteh, adoi... macam mana laa bleh terlepas bola macam tu, nasib... nasib...

Tetapi apa pun ada betulnya juga sememangnya skuad Negeri Sembilan layak menang kerana majoritinya mereka yang menguasai perlawanan dari awal sehingga penamat, dan mungkin ini lah ganjaran kemenangan buat Negeri Sembilan atas usaha mereka yang lebih, tahniah diucapkan kepada skuad Hobin Jang Hobin walaupun hati ini berasa sedih adoi...

Jaringan kemenangan skuad Hobin Jang Hobin berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee.

Sebelum itu, Negeri Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis Hai O, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir, ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia.

3 comments:

  1. Boku no Blog said...:

    Kunjungan malam tuk baca dan cari persahabatan,.
    Happy Blogging

  1. Anonymous said...:

    sabar-sabar, insyaallah tahun depan mgkin bleh menang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chat

Followers

Follow by Email

Comments

Profile

My photo
Dungun, Terengganu, Malaysia
Kami peniaga dibenarkan Glopac dari Dungun Terengganu.Kami dapati ianya menyeronokkan & satu sumber yang baik dari segi pendapatan serta kebaikan pelancaran enjin kereta,ikuti kami untuk berkongsi cerita bersama Glopac.Hubungi: Wary 013-9010114 / Hazamin 013-9025033
 
Glopac - One Heart One Family © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum